Gambar Logo Baru Petronas Malaysia 2013

Gambar Logo Baru Petronas Malaysia 2013

Petronas Perkenal Logo Baru

Gambar Logo Baru Petronas Malaysia 2013


Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah memperkenal versi baru logo korporatnya, iaitu suatu langkah yang merupakan sebahagian daripada rancangan seluruh kumpulan untuk memperkukuhkan lagi potensi tampak ikon korporatnya.

Logo korporat baru itu, yang diperkenalkan pada Persidangan Minyak dan Gas Asia ke 17 2013 di sini hari ini, menyaksikan "wajah dan suasana" baharu dirangkumkan ke dalam logo 'titisan minyak' asal Petronas untuk mencerminkan ekspresi tampak kedudukan dan konsep baharu Petronas Group.

Gambar logo baru petronas Malaysia telah diperkenalkan kepada umum. Logo terbaru itu juga dapat dilihat di laman rasmi petronas yang mempamerkan logo sedemikian.



Versi Baru Logo Petronas Malaysia

                   Logo Petronas Lama

 Untuk info, pada 10 Jun 2013, petronas telah memperkenalkan logo korporat versi baru dan nampak lebih gah daripada versi sebelumnya. Dari segi rekaan, memang nampak lebih kurang sama tapi yang baru ni lebih versatile dan lebih mantap. Dibawah kami bezakan logo lama dan juga logo baru. Apapun, cuma lihat dekat laman petronas, memang pihak mereka sudah menggunakan logo yang baru.

Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata selain menjadikan logo korporat itu lebih kontemporari, ia juga dibina berasaskan ekuiti dan warisan jenama Petronas sedia ada.

"Pada dasarnya, logo baru ini melambangkan pertumbuhan dan perkembangan jenama Petronas. Struktur asas terdiri daripada ciri titisan minyak dan simbol 'P' yang mencerminkan perniagaan terasnya dalam minyak dan gas, dan dinamisme syarikat itu.

"Di tengah-tengah titisan minyak itu ialah bulatan padu yang melambangkan kitaran lengkap atau rantaian nilai industri minyak dan gas," katanya.

Sementara itu, warna hijau zamrud Petronas yang dikenali umum, melambangkan laut dan bumi, tempat asal minyak dan gas.

Logo baru itu yang merupakan logo generasi ketiga Petronas menyaksikan keluk yang lebih lembut ditambah kepada titisan minyak yang menggambarkan aliran berterusan yang melambangkan usaha Petronas untuk mencapai kemajuan dan semangatnya dalam menghadapi cabaran memenuhi permintaan dan harapan pemilik kepentingannya.

Logo asal Petronas dilancarkan pada 1974 ketika syarikat minyak nasional itu mula-mula ditubuhkan. - Bernama

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink