Home » , , , , , , , » PENYOKONG JOHOR DT (JDT) MOHON MAAF PADA PENYOKONG PASUKAN PAHANG DAN PASUKAN LAIN

PENYOKONG JOHOR DT (JDT) MOHON MAAF PADA PENYOKONG PASUKAN PAHANG DAN PASUKAN LAIN

PENYOKONG JOHOR DT (JDT) MOHON MAAF PADA PENYOKONG PASUKAN PAHANG DAN PASUKAN LAIN





PENYOKONG JOHOR DT (JDT) MOHON MAAF PADA PENYOKONG PASUKAN PAHANG DAN PASUKAN LAIN


kami warga dan penyokong bola sepak Johor ingin memohon maaf kepada penyokong-penyokong bola sepak Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu, Selangor dan lain-lain yang tidak menyenangi kehadiran kami dalam arena bola sepak.

Kami sedar kami masih baru dan juga "palsu", tidak seperti kalian yang sudah terlalu lama menyokong pasukan negeri masing-masing. Tapi percayalah, tiada niat kami untuk mendabik dada atau mencari masalah dengan penyokong pasukan lain. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama kalian menonton dan menyokong pasukan masing-masing di sambil itu memeriahkan lagi arena Liga Malaysia ini.

Begitu banyak isu yang negatif yang telah dilemparkan kepada kami, dicop sebagai penyokong yang suka melakukan provokasi, suka memulakan pergaduhan dan bermacam-macam lagi. Kami faham ada segelintir daripada kami yang suka melakukan provokasi sama ada di stadium mahupun di laman facebook. Akan tetapi sikap mereka itu tidak langsung mewakili kami yang gemar menyaksikan pasukan kami beraksi dengan aman dan harmoni.

Jadi untuk mengelakkan isu-isu negatif yang telah berlaku menjadi lebih parah, kami mewakili penyokong bola sepak JOHOR dengan rendah diri menghulurkan salam kemaafan kepada semua penyokong bola sepak yang telah dimaki, dihina, dipukul, dibaling objek malah diprovokasi oleh kami. Sejuta permohonan maaf dari kami kepada anda semua. Kami berharap selepas ini tiada lagi permusuhan dan pergaduhan diantara kita semua.

Lupakan lah sengketa diantara kita, majulah sukan untuk negara. Jadilah penyokong yang positif.



Sumber dari : Positif Johor PositIF

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink